"Oleh itu, para wanita yang tidak menyukai poligami perlu berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan pemikiran para orientalis. Apabila langkah berhati-hati tidak diambil, di khuatiri akidah individu itu boleh tergelincir kerana menghina salah satu daripada amalan-amalan Nabi Muhammad." page 28
"Beliau berpendapat, ada dua kategori isteri, Isteri yang membuat suami ceria dan satu lagi membuat suami sengsara." page 31
"Kuat dan mantap institusi keluarga menentukan kuat dan mantapnya sesebuah negara." page 43
"Suami yang bijak adalah suami yang pandai mengawal emosi isteri pertamanya." page 49
"Elakkan cemburu buta. Menurut sesetengah pendapat, cemburu itu tanda sayang. Sebaliknya, cemburu buta menyebabkan para suami melayang." page 64
"Dalam Islam, yang mampu membalas sebenarnya hanya Tuhan." page 67
"Sebagai isteri, selain tugas memasak dan mengasuh anak-anak, dia juga memainkan peran sebagai kaunselor kepada suami." page 71
"Apabila suami dapat meyakinkan seorang wanita supaya menjadi isteri keduanya, dia sebenarnya meraih kejayaan peribadi yang tidak ternilai." page 86
"Adil bukan bermaksud sama rata tetapi adil yang sebenarnya adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya." page 88
"Allah menyebutkan rumah Nabi Muhammad dengan sebutan yang banyak. Maksudnya, beliau mempunyai rumah yang banyak dan setiap isteri tinggal di rumahnya sendiri. Nabi Muhammad tidak mencampurkan isteri-isteri beliau di dalam sebuah rumah." page 92
"Sekiranya poligami dianggap sebagai pembawa masalah dalam rumah tangga, ia juga seperti menyalahkan monogami kerana mereka yang mengamalkannya juga bermasalah." page 149
Tidak ada komentar:
Posting Komentar